Jenis-jenis meter Meter elektrik

Mekanisme meter elektrik jenis aruhan elektromekanikal.
1 - Gelung voltan - lilitan wayar halus yang banyak yang ditempatkan di dalam perumah plastik, disambungkan secara selari dengan beban.
2 - Gelung arus - tiga lilitan wayar tebal, disambungkan secara sesiri dengan beban.
3 - Pemegun/Stator - menumpukan dan mengurung medan magnet.
4 - Cakera rotor aluminium.
5 - Magnet brek rotor.
6 - Spindel dengan gear cecacing.
7 - Paparan dail - memaparkan nombor ukuran.

Meter elektrik berfungsi dengan mengukur voltan dan arus secara berterusan dan seterusnya mencari hasil darab kedua-duanya untuk memberi nilai kuasa yang seterusnya dikamirkan dengan masa untuk memberi bacaan tenaga dalam unit kilowatt jam.

Meter elektromekanikal

Meter elektrik jenis elektromekanikal.

Jenis meter yang paling banyak digunakan ialah jenis elektromekanikal.[3][4]

Meter sebegini berfungsi dengan mengira putaran cakera aluminium yang berputar mengikut kuasa elektrik yang digunakan. Semakin laju cakera tersebut berputar, bermakna semakin tinggi jugalah tenaga elektrik yang digunakan pada waktu tersebut. Ia hanya memakan kuasa sekecil 2 watt sahaja.

Cakera tersebut berputar hasil tindak balas dua gelung peraruh; satu untuk voltan dan satu lagi untuk arus. Medan magnet gelung voltan dilengahkan 90 darjah menggunakan gelung pelengah.[5] Ia menghasilkan arus pusar pada cakera dan daya yang dikenakan pada cakera adalah mengikut hasil darab arus dan voltan. Satu magnet kekal mengenakan daya berlawanan mengikut kelajuan putaran cakera. Keseimbangan antara dua daya berlawanan ini mengakibatkan cakera berputar pada kelajuan yang berkadaran dengan kuasa yang digunakan. Cakera tersebut menggerakkan mekanisme pendaftaran yang mengkamirkan kelajuan cakera mengikut waktu dengan mengira putaran, sebagaimana odometer kereta, bagi mendapatkan bacaan penggunaan tenaga mengikut masa.

Jenis meter di atas adalah untuk bekalan AC fasa tunggal. Sistem tiga fasa memerlukan tambahan dua set gelung voltan dan arus.

Meter elektronik

Meter elektrik keadaan pepejal di Belanda.

Meter elektronik digunakan pada pendawaian satu fasa, tiga fasa dan meter industri (LPC). Meter elektronik memaparkan penggunaan tenaga pada paparan LCD. LED berfungsi sebagai alat pengukur, setiap 1000 kelip akan merekodkan satu unit bacaan penggunaan pada paparan LCD, serta berupaya menyimpan data bacaan bulan sebelumnya di dalam litar perisian meter. Selain penggunaan tenaga, meter elektronik juga boleh membaca nilai arus, nilai voltan, petanda pengusikan pada pepasangan meter dan meter, pekali lain bagi beban dan bekalan seperti permintaan maksimum, faktor kuasa dan kuasa reaktif.

Meter solar

Meter pintar

Meter pintar diperkenalkan di Malaysia pada tahun 2016, dimana TNB mula memasang meter ini di kawasan Putrajaya dan Ayer Keroh, Melaka. Mempunyai ciri-ciri Advanced Metering Infrastructure (AMI):

  1. Pembacaan meter jarak jauh untuk mengelakkan pembilan secara anggaran terutama bagi meter yang terlindung untuk direkodkan penggunaan dan premis pengguna tiada penghuni atau berkunci.
  2. Komunikasi dua hala.
  3. Mempunyai indikasi kejanggalan atau gangguan kerosakan.
  4. Kualiti kuasa yang efektif.
  5. Pengurusan outage.
  6. Pemutusan atau penyambungan bekalan elektrik secara jarak jauh.
  7. Penggunaan portal laman sesawang atau paparan meter di dalam rumah sebagai rujukan serta membantu pengguna untuk menngenalpasti langkah-langkah menjimatkan elektrik.
  8. Pengebilan yang sangat tepat dan jitu.


Meter prabayar

Meter prabayar dan token jalur magnetik di UK. Butang A memaparkan maklumat dan statistik seperti kadar tarif dan baki kredit. Butang B mengaktifkan sedikit kredit kecemasan apabila baki kredit habis.Kekunci prabayar.

Amalan perniagaan yang biasa digunakan oleh syarikat pembekal tenaga elektrik ialah mengeluarkan bil pasca bayar yang mengukur penggunaan elektrik pada kitar bil yang lepas, misalnya sepanjang bulan lalu sebelum bil terkini dikeluarkan. Namun demikian, ada juga syarikat pembekal tenaga elektrik yang memperkenalkan sistem meter prabayar, di mana pengguna perlu membeli nilai kredit sebelum menggunakan bekalan elektrik, sebagai mana sistem prabayar telefon bimbit. Nilai kredit mesti ditambah apabila nilai sedia ada hampir habis untuk mengelakkan bekalan elektrik tiba-tiba terputus apabila baki kredit habis. Sistem terawal menggunakan peti wang tunai yang ditempatkan pada meter, tetapi pemasangannya berisiko kerana pengguna terdedah kepada risiko kecurian peti wang meter yang seterusnya menyebabkan gangguan bekalan elektrik. Sistem sekarang pula menggunakan pelbagai pendekatan seperti kad pintar dan token yang boleh ditambah nilai di pusat pembayaran yang dilantik.

Perbezaan antara meter elektromekanikal dan meter elektronik

JenisElektromekanikalElektronik
KosRendahSederhana
FungsiSatu fungsi: Pengiraan kWh atau kVarhMulti fungsi: Pengiraan kWh, kVarh, kW, nilai arus, nilai voltan, nilai angkadar kuasa dsb
KejituanSukar mendapatkan bacaan yang jitu jika faktor usia meter sudah usang atau rosakSangat jitu
HubunganTidak bolehYa.
(Infra red, plc, gsm, gprs modem)
Indikasi TenagaPiring aluminium berputar (arah jam)LED berkelip
Ciri-ciri istimewaTahan lama.
Tidak rosak dengan panahan kilat.
Boleh mengesan petanda kejanggalan, pengusikan dan penggera.
Bateri yang dibina di dalam mampu berfungsi selama 3 tahun tanpa bekalan elektrik untuk menyimpan data bacaan terkini.
RMR
(Remote Meter Reading)
TidakBoleh

Rujukan

WikiPedia: Meter elektrik http://www.cefetsc.edu.br/~petry/Ensino/Repositori... http://books.google.com/?id=Atw4AAAAMAAJ&pg=PA335 http://books.google.com/?id=OkL1Smk4uiAC&dq http://books.google.com/books?id=oyQDAAAAMBAJ&pg=R... http://www.minnkota.com/Pages/loadmana.html http://www.powermetrix.com/downloads/2009-Billingv... http://watthourmeters.com/history.html http://www.watthourmeters.com/ http://www.magnet.fsu.edu/education/tutorials/java... http://www.usbr.gov/power/data/fist/fist3_10/vol3-...